Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Polis tahan seorang lagi suspek kes Faisal Halim
Diterbitkan:  May 7, 2024 11:15 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Polis menahan seorang lagi suspek terkait kes serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia lewat 30-an itu ditangkap di Bandar Baru Bangi, lewat petang semalam.

"Suspek seorang warganegara akan direman pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan suspek pertama - berusia dalam lingkungan 20-an - yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.

Dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Selangor kelmarin Faisal yang juga pemain sayap skuad bola sepak Selangor FC dikejarkan ke hospital swasta untuk menerima rawatan kerana kecederaan yang dialami akibat serangan asid.

Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Shahril Mokhtar yang turut memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden berkenaan.

Menurutnya tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS