Lepas belasah Timor-Leste, ujian sebenar Malaysia B16 Rabu ini
Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan akan berdepan ujian sebenar Rabu berdepan dengan handalan Asia, Australia.
Walaupun kini menduduki tangga teratas kumpulan C, dua perlawanan lagi tidak mudah buat Harimau Malaya cilik.
Selepas Australia, pasukan negara akan berdepan pula Thailand, yang seri dengan Australia semalam.
Malam tadi, pasukan negara memulakan kempen dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi di Stadium Sriwedari, Jawa Tengah, Indonesia.
Skuad bimbingan Javier Jorda Ribera, yang juga pengarah Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT), mencetak satu gol pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, mereka mengamuk selepas waktu rehat dengan empat lagi gol, yang dua gol terhasil akibat kesalahan penjaga gawang lawan.
Juara serta naib juara kumpulan layak akan beraksi di peringkat separuh akhir pada 1 Julai.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/06/ffb12f2304c0a38a7b509e1bf26da64e.jpg)
