Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Syed Saddiq tak tamatkan larian
Diterbitkan:  Jul 10, 2024 2:12 PM
Dikemaskini: 8:21 AM
1

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berjaya menghabiskan larian dalam acara triatlon di Johor Bahru, Sabtu lepas.

Perkara itu berdasarkan kemas kini di laman web keputusan Triatlon Desaru 2024 hari ini, walaupun dia sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang ketiga.

Dengan keputusan itu, kemenangannya mungkin dibatal. 

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang pengumuman dibuat dibuat oleh penganjur berkaitan perkara itu.

Kemas kini terbaru menunjukkan kedudukan Syed Saddiq kini berstatus DNF (tidak tamat).

Tempat ketiga kini diganti dengan peserta bernombor 107, Adam Syahmi dengan masa yang diambil selama enam jam 44 minit.


Baca: Syed Saddiq sahkan kesilapan dalam larian, mohon maaf


Sebelum ini kelayakan kemenangan Syed Saddiq dipertikai pengguna Instagram yang turut menyertai acara triatlon tersebut dengan mendakwa bekas menteri itu berada di belakangnya.

Dia ketika itu menafikannya.

Terdahulu, segelintir netizen turut mempertikaikan jika dia benar-benar menamatkan larian sejauh 200km dalam masa tiga hari awal bulan ini, untuk meraih dana bagi kawasan Parlimennya, Muar.

Untuk larian itu, dia tiba di luar bangunan Parlimen sekitar jam 9.30 pagi pada 1 Julai lalu dan berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS