Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Soo rela apa saja
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 8:12 PM
Dikemaskini: 12:15 PM

Soo Wincci berharap kedudukannya sebagai selebriti dapat digunakan untuk bersuara mewakili rakyat Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya.

Malah, demi keyakinannya itu Soo juga menyatakan rela berdepan dengan sebarang kemungkinan daripada kerajaan, termasuk dilucutkan kewarganegaraan.

Semalan Malaysiakini melaporkan Soo mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dalam satu rakaman video berdurasi kira-kira lapan minit - yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Bagi pelakon berusia 29 tahun itu, sekiranya tindakan berani berkenaan bakal menyekat pendapatannya sebagai selebriti, dia sanggup menerima padah.

“Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersedia dengan risiko yang bakal diterima.

“Sekiranya nama saya diharamkan dari disiar oleh media, saya akur dengan perkara itu,” kata Soo Winci dipetik oleh mStar Online .

I'm Ready To Face The Dark,For The Bright Future Of My Beloved Country.為了國家未來的光芒,我已經準備好面對黑暗.#Wincciology

Posted by Soo Wincci on Tuesday, September 1, 2015

Untuk makluman, Soo yang juga penyanyi pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia dan mewakili negara ini dalam pertandingan ratu cantik Miss World pada 2008.

Antara tindakan yang berkemungkinan diterima Soo termasuklah boleh dilucutkan kewarganegaraan.

Sehubungan itu, Soo memuatnaik satu klip video mengenai perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung Sabtu lalu.

Dalam klip video itu, Soo meluahkan rasa terharunya selepas melihat sambutan peserta Bersih yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Selain rasa terharu, artis itu turut menyatakan Najib harus meletakkan jawatannya memandangkan sudah lama beliau berperanan sebagai Perdana Menteri.

Pada penghujung klip video berkenaan, artis itu 'menghadiahkan' lagu This is the Time – ditulis oleh penyanyi berkenaan - khusus buat rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara.

Lihat Komen
ADS