Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Artis di Himpunan Rakyat Bersatu: Sebab kita Melayu

Jika BERSIH 4 berbangga kerana mendapat sokongan golongan selebriti , Himpunan Rakyat Bersatu hari ini juga tidak ada kalahnya.

Selain Liza Abdullah dan Tengku Sarina Tengku Mukhzani (Kuna), Anne Abdullah juga turun padang.

Malah dia ada mesej kuat untuk peminatnya.

"Tak kira PAS, PKR atau Umno, kita perlu bersatu sebab kita Melayu," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di tempat perhimpunan itu berlangsung, Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Anne, sebagai selebriti beliau dan rakan artis lain harus mendukung segala usaha berkaitan memartabatkan bangsa Melayu.

"Tak kisahlah (gerakan) kerajaan atau siapa saja, kerana ini adalah tanah air kita," kata.

Malah, Anne yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) berkata meskipun bergelar selebriti mereka berhak memilih siapa yang perlu disokong.

"Kita bebas dan berhak memilih siapa saja yang terbaik," tambah Anne.

Sementara itu seorang lagi artis yang ditemui Kapten (B) Mohamed Nor Boh berkata beliau hadir ke Padang Merbok hanya satu tujuan iaitu demi penyatuan umat Islam.

"Kita berhimpun secara aman hanya dengan satu tujuan iaitu untuk penyatuan umat Islam," katanya.

Mohamed Nor juga menyifatkan himpunan hari ini sebagai berjaya meskipun mendakwa terdapat sabotaj dari kalangan kumpulan Melayu itu sendiri.

"Himpunan ini sangat berjaya. Kita tengok sendiri kehadiran di luar dan dalam kawasan padang ini," kata pelakon era 1980-an itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS