Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hadiah Sastera Selangorkini 2015: Urusetia harap selesai secara baik
Diterbitkan:  Dec 23, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 1:25 PM

Urusetia Hadiah Sastera Selangorkini 2015 menyatakan rasa hairan mereka terhadap pemenang anugerah berkenaan yang memilih untuk untuk membangkitkan kegusaran masing-masing di media.

Ketua urusetia anugerah itu, Mazir Ibrahim berkata penulis yang tidak berpuas hati berkenaan sebenarnya boleh menghubungi pihaknya untuk mendapatkan penjelasan.

Kata Mazir, penganjur sedang dalam proses akhir menyediaan cek untuk semua pemenang dan juri.

"Penyediaan hadiah tersebut memerlukan sedikit masa memandangkan beberapa prosedur dan tatacara kewangan yang perlu dipatuhi.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, proses berkenaan akan diselesaikan secepat mungkin sebelum tahun ini berakhir," katanya dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan tiga pemenang utama Hadiah Sastera Selangorkini 2015 kecewa kerana hadiah wang yang dijanjikan belum diterima selepas nama mereka diumum sebagai pemenang pada 8 Disember lalu.

Mereka ialah Roslan Jomel yang memenangi hadiah utama kategori cerpen melalui karyanya, Telefilem, Karl Agan (esei Beban Puisi Dan Tanggapannya ) serta Arafat Hambali (sajak Hujan ).

Seramai 15 finalis dipilih panel juri untuk diadili bagi tiga kategori. Pemenang utama sepatutnya menerima wang tunai RM5,000 manakala yang lain diberi hadiah saguhati RM1,000 setiap seorang.

Mazir berkata, penjelasan mengenai pemberian wang itu sudah dibuat Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari pada 19 Disember lalu.

Katanya, beliau juga sudah memaklumkan kepada semua pemenang bahawa cek mereka akan diserahkan sebaik saja disiapkan

"Bagaimanapun, saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Lihat Komen
ADS