Bapa warga M'sia, tuntutan kerakyatan anak ditolak
Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan untuk mengiktiraf seorang pemuda kelahiran Thailand sebagai warganegara Malaysia, meskipun ujian DNA mengesahkan dia anak kandung seorang warga Malaysia.
Pesuruhjaya Kehakiman Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dipetik FMT berkata mahkamah mendapati tiada dokumen dikemukakan untuk membuktikan ibu bapa pemuda itu sudah berkahwin secara sah ketika dia dilahirkan.
Pemuda itu dilahirkan di Golok, Thailand pada Jun 2006 dan menetap di Malaysia sejak berusia kira-kira tiga bulan. Menurut FMT, dia tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah memiliki kewarganegaraan mana-mana negara.
Bapanya berhujah bahawa ketiadaan dokumen perkahwinan dan pendaftaran kelahiran tidak sepatutnya mengatasi bukti pertalian mereka daripada ujian DNA Jabatan Kimia pada Januari lalu.
“Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang memerlukan syarat yang ditetapkan dipenuhi pada masa kelahiran,” kata Tengku Amir seperti dipetik FMT.
Bagi tujuan tuntutan itu, mahkamah menganggap pemuda tersebut dilahirkan di luar perkahwinan yang sah. Mengikut Seksyen 17 Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, mahkamah merujuk kepada status kewarganegaraan ibunya, seorang warga Thailand, untuk menentukan kelayakannya mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Mahkamah turut memerintahkan bapa dan anak itu membayar kos RM4,000 kepada kerajaan.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/12/382eaf2e532581e3bf454002cd6f2ffe.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.