Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Akim & The Majistret paling popular atas talian

Band Akim and The Majistret dinobat sebagai Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 di majlis yang bersiaran secara langsung di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri malam tadi.

Selain pelbagai hadiah dimenangi - termasuk wang rantai mutiara bernilai RM5,000 seorang - anggota band berkenaan mendapat tajaan mengerjakan umrah Ramadan ini.

Akim and The Majistret juga turut memenangi Anugerah Kumpulan Pilihan dalam majlis anugerah pertama kali diadakan itu.

Pelakon Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad pula memberi kejutan apabila masing-masing menggondol dua anugerah pada malam APO 2016.

Saharul terpilih sebagai Aktor Lelaki Terbaik dan Lelaki Tampan manakala Mia Ahmad memenangi anugerah Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin juga membawa pulang dua anugerah iaitu Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Acara itu dianjurkan oleh portal mStar dan Suria FM.

Kemenangan dibuat berdasarkan hampir 800,000 undian yang dibuat peminat secara atas talian.

Majlis itu juga memberi ruang untuk memperingati komposer allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang meninggal dunia pada 18 Mac lalu.

Untuk itu penyanyi Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyikan tiga lagu ciptaan Adnan, Di Persimpangan Dilema, Jerat Percintaan dan Hakikat Cinta.

Berikut adalah senarai pemenang APO 2016:

  • Selebriti Komedi Pilihan: Jihan Muse
  • Ikon Fesyen Pilihan: Siti Nurhaliza
  • Kumpulan Pilihan: Akim And The Majistret
  • Chef Selebriti Pilihan: Fazley Yaakob
  • Penyampai Radio Pilihan: Fara Fauzana
  • Blog Pilihan: Siakap Keli
  • Selebriti Media Sosial Pilihan: Mat Lufthi
  • Selebriti Lelaki Tampan: Saharul Ridzwan
  • Selebriti Wanita Anggun Pilihan: Mia Ahmad
  • Ikon Niaga Pilihan: Neelofa for Naelofar Hijab
  • Aktres Wanita Pilihan: Mia Ahmad
  • Aktor Lelaki Terbaik: Saharul Ridzwan
  • Atlet Sukan Lelaki Pilihan: Datuk Lee Chong Wei
  • Atlet Wanita Pilihan: Nicol David
  • Pasukan Sukan Pilihan: Johor Darul Takzim FC
  • Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan: Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Pilihan: Hazama
  • Personaliti APO201 Terunggul: Akim and The Majistret

Lihat Komen
ADS