Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno dan BN baru sedar akan pentingnya 1Malaysia. Setelah lebih 50 tahun merdeka pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak Umno/BN sedar bahawa masyarakat mesti disatukan dengan semangat 1Malaysia. Sebelum ini Umno/BN menghentam DAP kerana konsep Malaysian Malaysia nya tetapi sekarang cuba menirunya pula.

 

Namun begitu PAS sudah lama menghayati konsep ini malah ianya diselaraskan dengan Islam yang sememangnya menuntut perpaduan dari semua segi. Sebelum merdeka lagi PAS menggunakan perkataan SeTanahMelayu dan selepas Malaysia ditubuhkan PAS menggunakan perkataan SeMalaysia pada namanya.

 

Sedarkah kita bahawa nama PAS iaitu Parti Islam SeMalaysia bermaksud Parti Islam SatuMalaysia. Semua rakyat patut bernaung di bawah parti Islam ini yang mengutamakan konsep perpaduan Semalaysia atau SatuMalaysia.

 

Begitulah hebatnya pimpinan PAS yang lebih awal memahami akan kepentingan SatuMalaysia dalam kerangka yang jauh lebih besar iaitu Islam.

 

Pimpinan PAS sebenarnya jauh lebih hebat dan terkehadapan dalam mendepani isu-isu semasa termasuk isu kepentingan negara dan kedaulatan rakyat lebih-lebih lagi dalam isu Islam. Sudah sampai masanya rakyat membezakan karisma dan kebijaksanaan pimpinan PAS dalam semua segi jika dibandingkan dengan pimpinan Umno/BN.

Maka sewajibnya rakyat menilai semula sokongan kepada Umno/BN jika mahu negara ini maju dan rakyat diselamatkan dari kemelut yang hebat sekarang. Rakyat sepatutnya memilih dan mengangkat pemimpin -pemimpin yang hebat dan berkarisma seperti ini agar mereka dapat membawa kita keluar dari sebarang masalah dan kemelut yang melanda negara sekarang.

 

Sofi Wahab

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

ADS