Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merujuk laporan beberapa media utama tentang dakwaan harga ikan patin di Temerloh yang mencecah RM13,000 untuk makan seramai 50 orang.

Sebagai Ahli Parlimen Temerloh, saya percaya sekiranya perkara itu benar ia adalah kes terpencil. Saya mendapat maklumat perkara ini berkemungkinan berlaku sewaktu pilihanraya kecil di Kerdau baru-baru ini melibatkan kedai-kedai tertentu sahaja.

Sebenarnya harga patin di Temerloh tidak mahal seperti didakwa.

NONE Umumnya terdapat 2 jenis ikan patin (1) patin sangkar iaitu harga runcitnya sekitar RM 13-RM15 sekilo. Apabila dimasak gulai tempoyak, harga untuk seketul adalah RM7- RM12  (ii) patin liar; harga runcitnya mengikut spesis (misalnya patin muncung iaitu spesis termahal) adalah antara RM200  ke  RM250  dan harga masakan gulai tempoyak mengikut spesis (misalnya patin muncung iaitu spesis termahal) adalah antara RM60  ke RM  80.

Temerloh telah terkenal sebagai Bandar Ikan Patin sejak dahulu. Patin juga diangkat sebagai produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Sehingga kini, terdapat sebanyak 53 buah restoran ikan patin (tidak termasuk gerai kecil) yang di Temerloh.

Saya menasihatkan semua peniaga ikan patin di Temerloh untuk meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan terutamanya yang datang dari luar Temerloh.

NONE Saya juga mengingatkan supaya peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan patin kepada pengunjung. Jika ini berlaku, usaha kerajaan untuk mempromosikan masakan ikan patin akan terjejas dan bakal memberi kesan langsung kepada pengusaha patin yang lain juga.  

Saya juga memberi jaminan kepada peminat-peminat patin Temerloh bahawa harga ikan patin ini adalah berpatutan dan janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Jika berlaku kes-kes terpencil ini, boleh majukan aduan kepada saya sendiri [email protected] atau di akaun facebook saya atau twitter saya di twitter.com/saifuddinabd.

ADS