Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan

kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat.

Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu  sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi.  Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ?

Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain.

Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur.

Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka.

Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ?

Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti.

Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain?

ADS