Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Wajarkah PLUS tutup lorong tambah bilai sempena Aidilfitri?

Pengumuman pihak PLUS menutup 134 lorong tambah nilai pada 22 Jun hingga 2 Julai 2017 sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bagi tujuan melancarkan pergerakan trafik merupakan satu langkah bijak bagi menangani kesesakan.

Namun begitu dari sudut lain, pengguna terpaksa membayar wang pendahuluan bagi penggunaan kad Touch n Go dilihat membebankan pengguna, apatah lagi dengan peningkatan kos, kenaikan harga barang dan persiapan raya yang memerlukan bajet melebihi daripada bulan-bulan biasa.

Lazimnya pengguna membuat tambah nilai untuk perjalanan jauh dari RM50 hingga RM200.

Wajarkah pihak PLUS mengutip bayaran pendahuluan daripada pengguna? Namun masalah kesesakan jalan raya masih tiada penyelesaian.

Malah, kemalangan yang disebabkan oleh objek asing yang berada di jalan raya seperti tayar, besi, serpihan kemalangan dan sebagainya masih berlaku.

Pada tahun 2016, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 25 aduan berkaitan objek benda asing yang menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka.

Tuntutan terhadap pihak PLUS sukar untuk diselesaikan dan pihak PLUS seolah-olah mengambil ringan terhadap isu ini.

Pengguna juga perlu ambil maklum, terdapat lokasi tambah nilai yang dikenakan caj.

Sekiranya pengguna membuat tambah nilai di kedai serbaneka seperti 7-eleven, 99 speedmart, myNEWS.com, Mydin, ATM, CDM, stesen petrol dikenakan caj sebanyak 0.53sen.

Dengan peningkatan kos sara hidup, caj-caj sedemikian turut membebankan penguna. Pihak PLUS juga harus memastikan lokasi tambah nilai terutama di stesen minyak dan ATM tidak tergendala, agar dapat memenuhi permintaan pengguna pada waktu tersebut.

Pihak PLUS seharusnya memaklumkan pengumuman ini lebih awal tiga bulan bagi persiapan pengguna.

Secara hakikatnya, manusia akan mudah lupa dan ada segelintir pengguna yang terlupa untuk memeriksa nilai baki kad.

Adakah pihak PLUS menyediakan kakitangan yang akan membantu pengguna yang menghadapi masalah tersebut?

Hal ini perlu dipertimbangkan, sekiranya pihak PLUS benar-benar untuk mengangani masalah kesesakan. Oleh itu, wajar sekiranya pihak PLUS menyediakan satu lorong tunai bagi kes-kes kecemasan seperti di atas.

Harap pihak PLUS mengambil serius kewujudan objek asing yang berada di atas lebuh raya sebelum mengambil keputusan untuk menutup lorong tunai yang sememangnya membebankan rakyat secara amnya.


SITI RAHAYU ZAKARIA adalah ketua pegawai eksekutif FOMCA.

Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS