Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami isteri dituduh hina Sultan
Diterbitkan:  Mar 16, 2009 2:00 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Pasangan suami isteri di Kuala Terengganu menyusul kes penghinaan terhadap Sultan Perak selepas enam orang dari tiga negeri dihadapkan ke mahkamah minggu lepas.

Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, seorang peguam, didakwa meninggalkan ulasan yang jelek terhadap Sultan Azlan Shah di satu laman web yang berhubung dengan tapak web rasmi baginda.

Mereka didakwa berbuat demikian di alamat No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga pada jam 7.57 pagi dan 8.01 pagi pada 14 Feb lalu.

Setiap kesalahan menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim menetapkan 20 April untuk sebutan dan membenarkan ikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-duanya.

Jumaat lepas, dua dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur, dua lagi di Butterworth, masing-masing seorang di Kota Kinabalu dan Petaling Jaya dihadapkan atas kesalahan serupa.

ADS