Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M muncul di perhimpunan Umno
Diterbitkan:  Mar 28, 2009 12:29 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila muncul secara tiba-tiba di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

Kemunculan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada jam 12.29 tengahari tadi disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan.

Mereka juga berdiri memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut. Ketika itu Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang membuat ucapan penggulungannya.

Beliau mengambil kesempatan itu untuk menyatakan bahawa kehadiran Dr Mahathir itu sebagai tanda bahawa mantan perdana menteri itu mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin juga berkata ia juga menandakan bahawa Dr Mahathir akan kembali secara rasmi menjadi ahli Umno.

Najib juga memulakan ucapan penggulungannya dengan mengalu-alukan kehadiran Dr Mahathir itu.

Dr Mahathir tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lalu.

Semalam, beliau menulis dalam blognya bahawa beliau tidak hadir kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka "merestui politik rasuah".

ADS