Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney'
Diterbitkan:  Apr 1, 2009 8:33 PM
Dikemaskini: Apr 3, 2009 2:34 AM

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

khir toyo and disney land disneyland Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

bullet button Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

bullet button Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

bullet button Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

bullet button Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Baca berita penuh

ADS