Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami belanja wang sendiri...
Diterbitkan:  Apr 2, 2009 6:54 AM
Dikemaskini: Apr 2, 2009 6:23 AM

Beberapa agi calon bebas tampil menjelaskan bahawa mereka menggunakan perbelanjaan sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.

Mereka ialah calon wanita L Sarala, Meja (B) Anuar Abdul Hamid dan Radzi Md Lazim.

Semalam, seorang lagi calon bebas, Abdul Rahim Abu turut menafikan yang beliau ditaja untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Sehubungan itu, mereka menolak dakwaan bahawa calon bebas di Bukit Selambau ditaja oleh BN untuk bertanding di situ, seperti yang didakwa oleh ahli Majlis Tertinggi PKR, N Gobalakrisnan kelmarin.

Bernama memetik Sarala sebagai mencabar Gobalakrishnan mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, calon wanita itu memberitahu pemberita, mereka yang bertanding itu ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya beliau tidak meminta derma daripada mana-mana pihak sebaliknya menggunakan peruntukan sendiri untuk bertanding.

Seorang lagi calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid berkata dakwaan itu adalah mengarut kerana semua calon menggunakan peruntukan sendiri.

Katanya walaupun beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Merbok tetapi itu tidak bermakna BN menajanya.

Radzi Md Lazim, seorang lagi daripada 13 calon Bebas di kerusi itu pula berkata dakwaan Gobalakrishnan berkenaan adalah melampau dan tidak boleh diterima akal.

"Saya tidak ditaja oleh sesiapa, semua saya keluarkan dan lakukan sendiri dan saya ikhlas buat semua itu tanpa minta bantuan mana-mana pihak," katanya.

ADS