HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah PROMOTION Pekerjaan Pelancongan Juadah
Khairy: Saya tidak kecewa
Hafiz Yatim
Apr 9, 09
4:47pm
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

khairy jamaluddinKetika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada campur tangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner