Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco P. Pinang setuju Mansor timbalan satu KM
Diterbitkan:  Apr 30, 2009 4:11 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Exco kerajaan Pulau Pinang sebulat suara menerima cadangan Mansor Othman mengisi kekosongan timbalan satu ketua menteri jika timbalan pengerusi perhubungan PKR itu menang di Penanti.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dicapai dalam

perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat exco semalam, lapor Bernama .

"Exco menerima sebulat suara cadangan itu sekiranya Mansor menang dan menjadi ADUN Penanti pada pilihan raya kecil itu

nanti," beliau dipetik berkata.

Lim diminta mengulas kekosongan jawatan itu selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskannya pada 8 April lepas.

Selasa lepas, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mansor sebagai calon parti itu pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan berlangsung 23 hingga 31 Mei ini.

Pada pilihanraya umum, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi.

ADS