PH, BN-PN berlawan pamer kekuatan di pentas ceramah
PRN MELAKA | Dengan hari mengundi yang kurang dari 24 jam, PH dan gabungan BN-PN menampilkan pemimpin utama masing-masing sebagai kemuncak kempen sekali gus menarik seramai mungkin penyokong.
Kehadiran orang ramai memberi gambaran mengenai keupayaan sesebuah gabungan menggerakkan penyokong serta menyemarakkan jentera kempen di garisan penamat.
Pun begitu garis bawahnya tetapkan jumlah kehadiran di sesebuah ceramah tidak semestinya diterjemahkan kepada undi.
Ceramah kemuncak BN-PN di Bukit Katil menarik kira-kira 1,500 orang berbanding kira-kira 1,200 orang di ceramah PH di Ayer Keroh sebelum menyusut kepada kira-kira 700 orang menjelang penceramah terakhir, Anthony Loke, naik ke pentas.
PH menyertai PRN Melaka dalam kedudukan bertahan dan cuba mengekalkan lima kerusi yang dimenanginya pada 2021. Gabungan itu kelihatan agak bergelut berdepan dengan gandingan BN-PN yang lebih tekal.
Sebagai contoh, pada malam Khamis, ceramah BN-PN di Paya Rumput yang menampilkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin menarik kira-kira 1,500 orang.
Ceramah PH di Batu Berendam pada malam Selasa pula sekadar menarik kira-kira 300 orang meskipun ia menampilkan Loke – yang juga Setiausaha AgunG DAP – sebagai tarikan utamanya.
PRN Melaka menandakan satu lagi pertembungan di antara BN dan PH selepas Johor dan Negeri Sembilan di sebalik realiti kedua-duanya bekerjasama di peringkat persekutuan.
/file/attachments/orphans/malaccabnrally5_638969.jpeg)
Bagi BN yang sebelum ini menerajui kerajaan Melaka, kerjasama dengan PN menawarkan peluang besar untuk mengukuhkan sokongan Melayu di samping memanfaatkan kelebihan yang ada.
Gabungan itu juga berusaha membuktikan bahawa kerjasama mereka boleh melangkaui pembahagian kerusi pilihan raya yang selalunya menjadi duri dalam daging dalam sesuatu rundingan.
Zahid memberi bayangan bahawa PN boleh disertakan dalam pembentukan kerajaan negeri akan datang sekiranya mereka memperoleh kemenangan.
Sementara itu, PH berdepan cabaran untuk mengekalkan kedudukannya ketika ia turut dirumitkan dengan penyertaan Bersama yang dilihat berusaha memikat penyokong PH yang kecewa.
Tumpuan kini beralih kepada persoalan sama ada usaha mobilisasi gabungan yang bertanding akan diterjemahkan kepada undi apabila pusat mengundi dibuka pada pagi esok.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/malaccabnrally4_680989.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.