Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddin Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Baca berita penuh

ADS