Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi, sudah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.
Zambry berkata BN berharap langkah itu membuka lembaran baru untuk memulihkan kestabilan politik dan melancarkan semula pentadbiran negeri.
“Sehubungan itu, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.
[Berita penuh menyusul]
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/PentadbiranUndangLuakRembau1_340957.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.