Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tunang, keluarga Teoh dipanggil polis
Diterbitkan:  Jul 21, 2009 11:22 AM
Dikemaskini: 10:10 AM

Tunang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati dalam keadaan penuh tanda tanya selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ke balai Kajang petang esok.

su shu hu teoh beng hock fiancee 02 Soh Sher Wei, yang sedang hamil dua bulan anak pasangannya, akan diiringi beberapa peguam DAP untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.

Seorang peguamnya Lim Lip Eng, yang juga ahli parlimen DAP Segambut, bagaimanapun tidak pasti motif polis menyiasat Soh.

Ahli keluarga teoh turut dipanggil memberikan keterangan di tempat dan waktu yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ean dan seorang lagi peguam M Manoharan dijadual memberi keterangan kepada polis jam 3 petang ini di pejabat exco tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor.

Baca berita penuh

ADS