HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Pakar lawat lagi lokasi Teoh mati
Jul 22, 09 2:00pm
Dua ahli pathologi melawat kembali Plaza Masalam untuk menyiapkan kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock, Khamis lalu, selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEDr Prashant Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Dr Khairul Azman dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang menghabiskan masa dua jam di situ, lapor laman web The Star.

Kedua-duanya meninjau kembali tingkat 14 bangunan itu yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, tingkat lima lokasi mayat Teoh ditemui dan juga kawasan letak kenderaan di tingkat bawah.

Pegawai penyiasat polis Shah Alam, DSP Kamarudin Ismail dilaporkan berkata kunjungan dua pakar pathologi mengumpul lebih maklumat sebelum menyerahkan penemuan mereka.

Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah itu - ditemui mati beberapa jam selepas disiasat SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner