Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit
Diterbitkan:  Sep 24, 2009 7:10 PM
Dikemaskini: 11:31 AM

Siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) tidak harus dibuat secara tertutup, kata seorang pemimpin DAP sebagai menjawab desakan PAS Selangor hari ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

new america one malaysia khairy jamaluddin tony puah forum 040609 01 Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

Pua berkata siasatan Selcat yang pertama pada Mac lalu – berhubung dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – berjaya membongkar skandal tersebut.

"Siasatan awam Selcat setakat ini mendedahkan penyelewengan dan salah laku oleh pelbagai pihak termasuk bekas ADUN BN yang bersubahat dengan pegawai-pegawai daerah," katanya.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05 Dr Hasan baru-baru ini menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang. [Baca juga: PAS mahu siasatan Selcat tertutup ]

Menulis di blog peribadinya, Pua turut menyelar saranan Dr Hasan yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa merujuk majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga urusetia gabungan pembangkang itu.

Tambahnya, Dr Hasan tidak membantah apabila idea untuk menyiasat peruntukan kawasan DUN ditimbulkan dalam mesyuarat peringkat sekretariat Pakatan negeri.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu," katanya di tonypua.blogspot.com .

Seruan Dr Hasan supaya siasatan berkenaan dikendalikan oleh "tokoh bebas" juga tidak masuk akal.

"DUN Selangor sendiri telah dipilih oleh rakyat untuk memastikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan oleh dewan berkenaan," kata Pua lagi.

ADS