Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pucuk pimpinan Umno digesa supaya menjalankan segera gerakan pemutihan senarai keahlian parti itu selaras dengan pindaan yang menghapuskan yuran tahunan dan digantikan dengan yuran keahlian seumur hidup.

Gesaan tersebut dibuat oleh perwakilan dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Ridwan Bakar yang bangun mencelah ketika proses pindaan perlembagaan tengahari ini.

Katanya, proses itu penting kerana mendakwa di bahagian beliau sendiri masih terdapat ahli PKR yang masih lagi disenaraikan sebagai ahli Umno.

"Kena kemas keahlian kita kerana dalam (parti) ada macam-macam syaitan, jin dan iblis... jadi kena kemas dulu.

"Dalam bahagian saya (pun masih) ada ahli PKR dalam Umno," katanya sambil mendakwa mereka ini hadir mesyuarat untuk merosakkannya.

"Saya minta perwakilan kena tengok keahlain dengan lebih terperinci berhubung dengan yuran," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab persoalan tersebut, pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata proses pemutihan itu berjalan seiring denga pindaan yang dicadangkan tersebut.

"Kita telah bincang dalam Majlis Teringgi (MT) dan bersetuju dengan cadangan wakil dari Bayan Baru. Itu adalah satu perkara yang cukup serius.

"Saya akan jadikan pindaan pelembagaan kita hari ini sebagai detik permulaan... saya beri jaminan, saya akan terus mengkaji peraturan dan kod etika yang ada (untuk) mencari jalan supaya semangat dalam dewan ini dapat diterjemahkan hingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Muntaha Kailan dari Umno Muar pula mendesak supaya dipertimbangkang kadar yuran seumur hidup itu dinaikkan dari RM2 kepada RM10.

“Saya setuju yuran keahlian dimansuhkan tetapi bayaran RM2 untuk yuran ahi seumur hidup terlalu murah... seperti kedai murah RM2 di Muar,” tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS