Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan audit: PM janji ambil tindakan
Diterbitkan:  Oct 22, 2009 6:47 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.

"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak.

"Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata perdana menteri ketika menjawab soalan sewaktu taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Najib berkata sebagai sebahagian daripada amalan kerajaan yang baik, kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya beliau yakin keadaan akan menjadi lebih baik dengan adanya Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama yang diumumkan awal tahun ini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Baru-baru ini, Najib melantik bekas pengarah urusan Penerbangan Malaysia Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri yang mengetuai sebuah unit memantau Petunjuk Prestasi Utama. - Bernama

ADS