Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Elaun 4,000 kanak-kanak OKU dinaik kepada RM150
Diterbitkan:  Oct 23, 2009 5:48 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Kadar elaun kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO akan dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan mulai 1 Januari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan sebanyak RM3.3 juta yang disediakan itu akan memberi manfaat dan rahmat kepada hampir 4,000 kanak-kanak OKU.

Ketika membentang bajet di Parlimen hari ini, Najib berkata kerajaan prihatin terhadap semua pihak yang memerlukan bantuan kebajikan, termasuk OKU, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak.

disabled spot check rapidkl 180407 wrong way disembarking Untuk menjamin penyaluran bantuan kebajikan dibuat secara menyeluruh dan berkesan serta tidak ada pertindihan, satu pangkalan data yang dikenali sebagai eKasih akan disediakan untuk menjadi pusat rujukan unggul.

Pada masa ini, kata perdana menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri sedang melengkapkan pangkalan data eKasih itu.

Selain itu, katanya, bagi memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial, kerajaan akan memperuntukkan RM224 juta bagi OKU untuk bantuan, melaksanakan program pemulihan dalam komuniti serta membina dan menaiktaraf empat taman sinar harapan.

Di samping itu, katanya, peruntukan RM174 juta ringgit disediakan kepada warga emas, termasuk bantuan dan membina serta menaiktaraf dua buah rumah seri kenangan.

Najib berkata, RM15 juta lagi diperuntukan kepada Tabung Kebajikan Perubatan malaysia, Majlis Hospis Malaysia, Persatuan Orang Buta bagi membantu pesakit miskin dan membiayai peralatan perubatan.

ADS