Jambatan runtuh: Guru besar disiasat
Salhan K Ahmad
Okt 28, 09
5:06pm
kemaskini 6.32pm Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh kelmarin, memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung projek pembinaan struktur itu.

Alwi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat itu.

Alwi berkata beliau kemudian mengadakan mesyuarat dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak selama tiga jam sehingga 5 petang.

Butiran yang dibangkitkan dalam pertemuan itu bagaimanapun tidak dijelaskan.

Jambatan baru (foto, warna biru) sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu dilaporkan siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Seorang murid sekolah disahkan mati lemas, sementara dua lagi masih hilang.

Diminta mengulas syarikat yang membina struktur maut itu dan kosnya, Alwi berkata "itu bukan urusan saya, kena tanya JPN."

Ditanya sama ada beliau terbabit memberikan sebarang kelulusan berhubung pembinaan jambatan gantung itu, beliau berkata "tidak."

"Saya cuma datang meninjau-ninjaunya (projek itu)," jelasnya apabila ditanya sejauh mana pembabitan beliau dengan projek berkenaan.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner