Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar gagal dapat bukti kes liwat
Diterbitkan:  Nov 6, 2009 4:07 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.

Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.

Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari dua buah hospital - Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi - dan bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa yang tidak mahu menyerahkan bahan-bahan bukti tersebut kepada Anwar.

Mahkamah juga menolak rayuan balas Anwar untuk mendapatkan sampel-sampel DNA daripada pihak pendakwa - bahan bukti yang tidak dibenarkan (diserahkan pada Anwar) dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, kerana sampel-sampel itu telah dibungkus dan dimateri.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lah. Dua lagi hakim ialah Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud.

[Baca berita penuh]

ADS