Anwar gagal buang kes liwat
Hafiz Yatim
Dis 1, 09
11:10am
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan bermula 25 Januari tahun depan selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

NONETarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Februari.

Pagi ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti dalam pertuduhan.

Peguam mantan timbalan perdana menteri itu berhujah kes tersebut tidak patut diteruskan kerana laporan perubatan menunjukkan tiada kesan penembusan pada pengadu.

Anwar, ketua pembangkang di Parlimen, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lalu.

Baca berita penuh
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner