Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tubuhkan jabatan penguatkuasa agama beruniform
Diterbitkan:  Dec 8, 2009 11:20 AM
Dikemaskini: 6:56 AM

Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri perlu diwujudkan bagi memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan agama di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

NONE Beliau berkata melalui usaha itu, bilangan pegawai penguatkuasa agama akan bertambah dan menjadikan mereka satu pasukan beruniform yang mempunyai skim khusus setaraf dengan agensi penguatkuasa lain.

"Pegawai penguatkuasa agama ini amat kurang dan semakin kritikal di sesetengah negeri walaupun terdapat usaha penstrukturan semula perjawatan tetapi masih juga tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia di Melaka malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buletin Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah yang antara kandungannya membincang dan mengupas isu-isu semasa berkaitan agama Islam yang menimbulkan kontroversi.

Kini terdapat 1,114 pegawai penguatkuasa agama dan 440 pendakwa syarie di seluruh negara.

Terdahulu semasa berucap, Mashitah berkata program penjelasan mengenai kesalahan jenayah syariah akan memfokuskan kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kerana golongan itu sering terdedah kepada gejala kurang sihat.

Beliau berharap penyeragaman undang-undang kesalahan jenayah syariah negeri dapat disegerakan dengan mengambil kira pandangan pegawai penguatkuasa agama, pendakwa syarie dan hakim syarie. BERNAMA

ADS