Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menafikan sebarang kaitan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seperti dakwaan beberapa tulisan dalam internet.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Wee mengakui beliau adalah bekas pemegang sahaj sebuah syarikat perunding - Hijau Sekitar Sdn Bhd - tetapi menafikan firma itu ada kaitan dengan projek PKFZ.

wee ka siong pc at moe putrajaya 241209 Sebaliknya, beliau mendakwa syarikat Wijaya Baru telah mendapatkan khidmat Hijau Sekitar, serta empat firma lain, untuk menjalankan kajian mengenai pembesaran pelabuhan di Klang.

"Kita bercakap mengenai permintaan Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Jangan heret sekali PKFZ. Ini mengenai pelabuhan-pelabuhan di Klang (dan) tiada kaitan dengan tanah," katanya.

Beliau membayangkan bahawa musuh politiknya cuba mengaitkannya dengan skandal PKFZ dan menggesa mereka yang membuat tuduhan itu supaya tampil ke depan.

Beliau kemudiannya mencabar menteri pengangkutan supaya mengumumkan kandungan laporan yang dikemukakan oleh Hijau Sekitar pada sekitar tahun 2006.

Satu siri artikel di lamanweb Malaysia Today mendakwa Wee telah disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kaitannya dengan PKFZ.

[Baca berita penuh]

ADS