Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM
Diterbitkan:  Feb 17, 2010 12:57 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.

idris ahmad pas information chief Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad ( kanan ) berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

 

“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.

“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.

“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

 

Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.

Malah, katanya  pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke mahkamah oleh sebuah syarikat kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihanraya 2008.

“Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.

 

“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM,” katanya.

Malah, Idris mendakwa UiTM “tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.”

ADS