Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tee Keat umum pertahan jawatan presiden
Diterbitkan:  Mar 13, 2010 7:32 PM
Dikemaskini: Mar 15, 2010 2:16 AM

Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan beliau akan bertanding mempertahankan jawatannya sebagai presiden MCA dalam pemilihan parti itu 28 Mac depan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di ibupejabat MCA petang ini kepada para penyokongnya.

Selain melaungkan namanya, merekajuga membawa kain rentang yang berbunyi "MCA needs pride, MCA needs tomorrow, we want Ong Tee Keat".

Ong berkata beliau akan mempertahankan jawatannya bagi membolehkannya meneruskan agenda pembaharuannya dalam parti tersebut.

Pengumuman tersebut tidak mengejutkan kerana Ong sebelum telah membayangkan yang beliau tidak akan bersara daripada politik, sewaktu berucap dalam perhimpunan agung MCA Ahad lalu.

Perhimpunan agung itu diboikot oleh dua puak utama dalam parti itu yang diketuai oleh timbalan presiden Datuk Seri Dr Choi Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Chua dan Liow yang kini sedang menemui penyokong mereka di seluruh negara, masih belum mengumumkan jawatan yang bakal mereka tandingi.

[Baca berita penuh]

ADS