Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin: MP Hulu Selangor cuti sakit tapi ok, stabil
Diterbitkan:  Mar 22, 2010 5:31 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan bahawa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kedudukan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.  

Beliau berkata program pada hari itu ialah 'Program Selamatkan Malaysia' di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan dihadiri oleh Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Saifuddin Nasution berkata anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mengambil cuti sakit ketika ini.

"Saya ada berkomunikasi dengan pegawai khas dia (Zainal Abidin), dia ok, stabil. Pejabat Dewan (Rakyat) juga telah dimaklumkan mengenai dengan keuzurannya dan pegawainya sudah hantar surat cuti beliau pada minggu lepas," katanya.

- Bernama    

ADS