Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan mahu k'jaan pasti keadilan untuk Teoh
Diterbitkan:  Apr 12, 2010 2:04 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Gerakan menggesa kabinet supaya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan akan memastikan  keadilan dalam siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

teng chang yeow gerakan Menurut setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow laporan yang menyebut bahawa Dr Pornthip Rojanasunand kini berdepan tekanan supaya tidak menghadiri inkues Teoh pada 20 April ini adalah "amat membimbangkan".

Katanya, laporan itu mencemarkan imej kerajaan dan menimbulkan keraguan terhadap komitmen kerajaan untuk mencari keadilan untuk Teoh.

Oleh itu, katanya, Gerakan mencadangkan agar kabinet:

a) Memastikan keselamatan Dr Prontip dari Thailand ke Malaysia serta ketika pulang semula selepas inkues.

b) Menubuhkan satu pasukan khas untuk memastikan keselamatan beliau ketika menghadiri inkues.

c) Menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat laporan tersebut bagi memulihkan imej kerajaan Malaysia.

d) Memberi jaminan bahawa semua langkah diambil untuk memastikan keadilan terhadap Teoh.

kohilan pillay Sehubungan itu, Teng berkata, Gerakan telah mengarahkan naib presidennya, A Kohilan yang juga timbalan menteri luar, supaya memeriksa dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk memastikan ketepatan laporan tersebut.

Gerakan juga, katanya,  telah meminta Kohilan untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, untuk memastikan tiada kompromi dalam mewujud keadilan dalam kes Teoh.

ADS