Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hulu S'gor: Calon BN anak tempatan
Diterbitkan:  Apr 12, 2010 2:28 PM
Dikemaskini: 6:44 AM

Calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini adalah anak tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE Menurutnya senarai calon sudah hampir disenarai pendek tetapi beliau enggan mengulas mengenai bilangan calon BN itu.

    

"Kita ada beribu tokoh di Hulu Selangor, hampir-hampir nak shortlist. Dalam tempoh tiga hari lagi akan tahulah... (calon) dari Hulu Selangor. Insya-Allah daripada orang tempatanlah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di Rawang hari ini.

    

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN berkata banyak faktor yang diambil kira dalam menentukan calon termasuk latar belakang, kelayakan dan boleh bekerjasama dengan pemimpin.

    

pkr launch of hulu selangor machinery 090410 "Yang mana yang rakyat mahukan, yang difikirkan boleh menjalankan amanah sebagai wakil mereka, tidak ada skandal, latar belakang yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi, yang boleh bekerjasama dengan pemimpin di bawah, apa lagi melaksanakan program-program pembangunan sosio ekonomi," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira semua maklumat dan maklum balas yang diterima daripada penduduk Hulu Selangor sebelum memutuskan calon yang sesuai.

    

"Kita d NONE engar banyak pandangan dan pendapat, akhirnya kita pilih calon terbaik yang boleh memastikan kemenangan kita. Kita di sini pun ada input daripada pelbagai sumber, jadi kita tahu apa kehendak pengundi di sini, yang mana yang rakyat mahukan," katanya.

    

BN akan mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada Khamis ini.

    

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat Datuk  Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

    

- Bernama

ADS