ADUN Pelabuhan Klang masuk Umno

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas, demikian menurut laporan Umno online.com.
.
NONEPerdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima borang keahlian dari Badrul Hisham, 50,  dengan disaksikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Sebelum itu, Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Janda Baik.

Berikutan kemasukan beliau, BN kini ada 21 ADUN BN, termasuk 19 ADUN Umno.


 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.