Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebuah kumpulan pemantau pilihan raya tempatan, Sibu Election Watch (SEW) menolak dakwaan bahawa mereka menerima dana luar negara dan prejudis terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Sehubungan itu, meskipun mendapat halangan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan itu bertekad untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

NONE Bercakap kepada pemberita di Sibu, penyelaras SEW yang baru ditubuhkan, Wong Meng Chuo ( kiri ) berkata mereka akan memantau dari luar pusat mengundi kerana gagal mendapatkan kelulusan daripada SPR.

"Walaupun SPR berkata tidak perlu bagi orang ramai memantau mereka, namun kita akan tetap memerhatikan mereka.

"Mereka tiada kuasa untuk menghalang kita,” katanya sambil menambah bahawa mereka hanya melaksanakan hak perlembagaan mereka.

Beliau juga membidas timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataannya bahawa suruhanjaya itu tidak memerlukan sebarang badan pemantau, termasuk  Malaysians for Free Elections (Mafrel).

"Jika mana-mana pertubuhan kerajaan mendakwa mereka tidak perlu dipantau, ini bermakna mereka akan bertindak secara arbitrari,” katanya.

NONE Penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong, yang juga hadir pada sidang media itu secara sinis menyindir dan menyoal sama ada SPR cuba menyembunyikan sesuatu dengan menghalang kumpulan pemantau.

Katanya pasukan penguatkuasaan yang dianggotai SPR pemerhati daripada parti-parti politik adalah tidak memadai kerana mereka adalah pihak yang mempunyai kepentingan.

Kedua-dua Wong dan Ong adalah ahli Mafrel yang status rasminya sebagai pemantau digugurkan oleh SPR bulan lalu.

[Baca berita penuh]

ADS