Kereta Ketua Polis S'gor dicuri
Diterbitkan: May 6, 2010 6:10 PM | Dikemas kini: May 6, 2010 7:11 PM
Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.15 pagi, ketika pemandunya yang membawa kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu sedang bersarapan di sebuah restoran.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di ibu pejabat polis di Shah Alam.
Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.