Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah: Ganjaran jika menang Piala Thomas, Uber
Diterbitkan:  May 6, 2010 6:20 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Pemain badminton negara yang bertanding dalam Piala Thomas dan Uber dijanjikan ganjaran jika berjaya menjuarai kejohanan berkenaan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

malaysia china badminton olympic final li dan and lee chong wei match 180808 01 "Insya-Allah, kalau menang ada ganjaran untuk pemain. Kita akan bincang dengan Perdana Menteri," katanya selepas menutup Majlis Mengumpul Satu Juta Tandatangan Menyokong Pasukan Badminton Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, pemain sepatutnya tidak mempunyai apa-apa halangan lagi untuk bermain dengan baik kerana masalah bayaran tertunggak mereka telah diselesaikan dengan dana RM2 juta yang disalurkan kerajaan kepada BAM.

"Saya dimaklumkan kesihatan mereka memuaskan dan saya lihat semangat mereka juga tinggi. Saya harap mereka telah bersedia untuk bertarung dan bermain bersungguh-sungguh," katanya.

Terdahulu, Rosmah meluangkan masa beramah mesra dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan Piala Thomas dan Uber negara yang turut hadir pada majlis itu.

Kejohanan berprestij itu akan berlangsung di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, mulai Ahad hingga 16 Mei ini.

Dalam perkembangan berasingan, Rosmah berkata satu kajian terperinci mengenai kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini harus dijalankan bagi membolehkan langkah penyelesaian berkesan dapat diambil untuk mengatasi gejala itu.

"Janganlah kita membuat tuduhan melulu kepada ibu bapa bayi yang terbabit. Kita kena kaji latar-belakang mereka dan bagaimana mereka sanggup buang anak sendiri. Boleh jadi atas sebab-sebab tertentu yang mendesak," katanya.

 - Bernama

ADS