Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan Kedah goyah, ahli PAS pula keluar parti
Diterbitkan:  May 11, 2010 3:54 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Seramai 61 ahli PAS bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kumpulan itu diketuai Timbalan Ketua PAS Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62. Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong, Alor Star malam semalam.

Menurut Abu Bakar, ahli PAS itu bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, mereka gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Semen kedah and political party jumping people tara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli PAS itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat pemimpin PAS.

Pada 9Ahad lalu, kira-kira 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC.

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka juga menyerahkan borang menyertai MIC kepada  Ahmad Bashah.

Pada bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia benar-benar berlaku.

PKR juga hadapi masalah di Perak

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, hari ini mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya.

"Hanya akan tinggal kira-kira 10 orang AJK daripada 28 yang ada sekarang kerana mereka juga akan turut mengumumkan keputusan serupa dalam masa terdekat bersama pimpinan Wanita dan kira-kira 500 ahli,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Ipoh Barat di Bercham, Ipoh hari ini.

Fauzi berkata, antara sebab beliau membuat keputusan berkenaan adalah kerana kepimpinan PKR Perak mengamalkan sikap berpuak-puak, berkomplot, tidak menerima kritikan serta membawa budaya perpecahan.

Beliau yang mendakwa masih menghormati kepimpinan kebangsaan PKR berkata, punca utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan parti ialah apabila menerima surat pada 4 Mei yang menggantung statusnya sebagai perwakilan pada kongres parti akhir bulan ini.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada Mac lalu

ADS