Anwar: Siasat kematian Noorizwan tanpa kompromi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan kematian Noorizwan Zulkefly, 42, ketika dalam tahanan polis dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.
Anwar berkata dia sudah menghubungi Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu dan menegaskan supaya perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga.
Dia turut mewakilkan pegawainya menerima surat rayuan yang diserahkan keluarga Noorizwan di kediamannya di Sungai Long, Kajang, hari ini.
“Saya dijadualkan menghadiri beberapa rencana di Melaka hari ini dan telah mewakilkan pegawai saya untuk menerima surat tersebut serta mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan keluarga.
/file/attachments/orphans/AyeshaSheikMazrul2_861393.png)
“Saya juga telah berhubung dengan Ketua Polis Negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini dan menegaskan supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, serta perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, keluarga Noorizwan bersama beberapa peguam berkumpul di hadapan kediaman Anwar untuk menyerahkan surat menuntut pembelaan daripada perdana menteri. Surat itu diterima seorang pegawai Anwar.
Dalam surat berkenaan, adik kandung Noorizwan, Nooranis Zulkefly, meluahkan kekecewaan dan menuntut keadilan atas kematian abangnya.
“Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang telah kehilangan abang kandungnya ketika berada dalam tahanan pihak polis.
/file/attachments/orphans/AyeshaSheikMazrul3_325027.png)
“Hari ini, saya memberanikan diri menyampaikan surat ini kepada YAB dengan satu harapan yang amat besar, iaitu agar kematian abang kandung saya diberikan perhatian serius dan keadilan benar-benar dapat ditegakkan,” katanya.
Anwar sendiri pernah menjadi mangsa keganasan polis selepas dipecat daripada kerajaan dan ditahan pada 1998.
Ketika berucap sempena Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 pada 9 Sept 2024, Anwar menyatakan sokongan terhadap kajian berhubung kematian dalam tahanan serta langkah mencegah salah guna kuasa.
“Jadi kalau orang bicara ada kebimbangan tentang penderaan dan kematian dalam lokap tidak perlu yakinkan saya,” katanya ketika mengimbas pengalamannya dipukul semasa dalam tahanan.

Pada Selasa lalu (20 Okt), Lawyers for Liberty (LFL) mendedahkan tiga peguam yang mewakili keluarga Noorizwan disiasat atas dakwaan memberi tekanan kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) supaya menyerahkan gambar bedah siasat.
Mereka ialah pengasas bersama LFL, Latheefa Koya dan N Surendran, serta Dina Zamri.
Peguam keluarga sebelum ini mendakwa pakar patologi merekodkan 21 kecederaan pada tubuh Noorizwan semasa pemeriksaan bedah siasat.
Siasatan terhadap ketiga-tiga peguam itu mengundang kecaman bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
Dalam perkembangan berasingan hari ini, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Aida Abdul Hamid berkata bedah siasat menemukan beberapa kecederaan luaran, tetapi tiada kecederaan organ dalaman.
Menurutnya, punca kematian masih menunggu keputusan analisis makmal dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Aida turut memaklumkan kes itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), manakala keterangan 78 saksi sudah dirakam.
Menurut penjelasan polis, Noorizwan dirujuk ke HCTM pada 30 Sept untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.52 pagi keesokan harinya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/4353553453543_961863.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.