Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan kaji kerugian RM964 juta Sime Darby
Diterbitkan:  May 20, 2010 2:04 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata Sime Darby Bhd perlu menentukan dahulu sebab ia mengalami kerugian RM964 juta sebelum menimbulkan isu kebertanggungjawaban.

"Kita perlu menyiasat sebab berlakunya kerugian itu terlebih dahulu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kebertanggungjawaban pada masa ini," kata Perdana Menteri.

Najib mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa tanggung jawab terhadap kerugian di dalam Projek Bakun perlu dikongsi oleh semua pihak yang terbabit di dalam isu itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru Utusan Melayu di Kuala Lumpur hari ini.

Semasa mengumumkan kerugian berkenaan pada minggu lalu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti.

Ia melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku CEO Kumpulan sementara.

 - Bernama

ADS