Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vell Paari mohon maaf kepada Umno
Diterbitkan:  May 28, 2010 6:03 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, S Vell Paari memohon maaf berhubung kenyataannya yang  Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC dan Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk menyingkirkan bapanya, Datuk Seri S Samy Vellu.

NONE “Memandang perkembangan terbaru, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa cara dengan gerakan GAS (gerakan anti Samy Vellu). Kebanyakan pemimpin Umno secara terbuka bahawa mereka tidak mempengaruhi atau bekerja dengan Mugilan dalam apa cara sekalipun,”

“Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan hari ini.

Vell Paari berkata beliau terpanggil bagi membela bapanya, samy Vellu yang juga presiden MIC yang diserang oleh pemimpin GAS yang diterajui oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang baru-baru ini dipecat.

NONE “Lagipun, saya bertindak kepada kenyataan Mugilan dan Kumar Amaan yang berulang-kali mengheret nama Umno dalam kenyataan media serta btindakan mereka.

“Saya juga telah menjelaskan kedudukan saya kepada Perdana Menteri, awal hari ini. Saya berharap semua ini boleh diketepikan atau dilupakan dan kita perlu bekerjasama seperti selalunya dalam keluarga BN,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari itu sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

ADS