Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GAS beri Samy seminggu untuk letak jawatan
Diterbitkan:  May 30, 2010 2:40 PM
Dikemaskini: May 31, 2010 2:08 AM

5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

gas rally mines mic 300510 four sacked leaders Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

gas rally mines mic 300510 leaders 4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

K anti samy vellu gas rally mines 300510 crowd atanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetuai 3,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

gas rally mines mic 300510 k kumar amaan

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 3,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang

membabitkansyarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

gas rally mines mic 300510 crowd 3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

" (Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno. "

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

gas mines rally 300510 v govindaraju 3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

 Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy  Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

gas mines rally 300510 crowd

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

 

 

 

 

ADS