Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Pengusaha Restoren Muslim Malaysia (PRESMA) kini menghadapi risiko dibatalkan pendaftaran kerana didakwa membenarkan rakyat bukan warganegara Malaysia mengganggotainya.

mamak restaurant 271206 open stoves Persatuan itu - difahamkan menaungi kira-kira 2,000 restoren 'mamak' - menerima surat tunjuk sebab daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berhubung perkara itu pada penghujung Mei lalu.

Menurut surat yang ditandatangai oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia itu, PRESMA didakwa sengaja melanggar fasal 34 undang-undang berdaftar persatuan dengan membenarkan warga asing memegang jawatan dalam persatuan tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, pengadu kes berkenaan Kamarul Jaman Seeni Mohideen berkata, beliau berharap pengerusi PRESMA Noorul Hassan Sail Hameed dapat memberikan penjelasan supaya dapat mententeramkan hati anggota-anggotanya.

"Saya harap beliu serius (tangani isu ini). Berikan penjelasan kepada ahli, tak kisahlah melalui media atau apa (medium) pun," kata pengusaha kedai mamak di Petaling Jaya itu kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Sementara itu, Noorul Hassan pula ketika dihubungi mengakui terdadapat warga asing yang menjadi penduduk tetap di Malaysia mengganggotai PRESMA.

mamak restaurant fiasco 150606 food Bagaimanapun, tambahnya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak pentaftar pertubuhan sebelum ini.

"Cuma balasannya yang belum diterima," katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Noorul Hassan berkata, perkara tersebut turut diperjelas dalam surat tunjuk sebabnya kepada pihak pendaftar pertubuhan pada Khamis lalu.

"Tiga ahli jawatankuasa itu pun telah letak jawatan dua bulan lepas," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS