Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahasiswa fail injunksi sekat prosiding AUKU
Diterbitkan:  May 31, 2010 1:05 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menfailkan permohonan injunksi bagi menyekat universiti itu mendakwa mereka di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Empat mahasiswa itu - Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha - memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, petang tadi.

Pada 2 dan 3 Jun ini UKM dijadual mendakwa empat mahasiswa itu di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa berkempen di dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Menurut Muhammad Hilman, pihaknya membawa kes tersebut ke mahkamah setelah surat pemakluman mereka ingin mencabar keputusan universiti menggunakan AUKU pada Khamis lalu tidak mendapat balasan.

"Disebabkan pihak universiti tidak memberikan jawapan, kami telah membawa kes ini supaya diberikan jawapan secepatnya," jelasnya.

Keempat-empat mereka diwakili peguam Ashok Kanbiah.

[Baca berita penuh]

ADS