Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Rachel Corrie akan terus mara ke Gaza
Diterbitkan:  Jun 1, 2010 5:20 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu, akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

NONE Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.

"Kapal itu tidak akan melalui perairan Israel. Kenapa pula Israel mahu menghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.

Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

"Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini.

- Bernama

    

ADS