Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Judi sukan: JAIS lambung balik kepada Khalid
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 7:15 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mempertikaikan mengapa ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mengaitkan isu peribadi pengarah jabatan tersebut Datuk Khusrin Munawi dalam isu judi bola sepak.

NONE Ia bagi menjawab gesaan Khalid sebelum ini supaya kedudukan Khusrin dikaji semula kerana "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan kepada sebuah syarikat.

JAIS juga mempertahankan kedudukan pengarahnya yang hanya berkhidmat sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD), tanpa pembabitan dengan parti politik.

"...ingin ditanya juga kepada Khalid Samad, isu judi ini adalah isu nasional. Kenapa ingin dikaitkan dengan isu peribadi?

"Pengarah JAIS bukan Umno, bukan PAS dan bukan PKR, tetapi hanya seorang PTD yang berkhidmat secara profesional," menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, JAIS turut mempertikaikan mengapa baru kini Khalid bersuara dalam isu judi bola sepak.

"Bagaimana pula dengan isu judi empat nombor ekor dan (judi Sports) Toto, adakah ia tidak haram di sisi agama Islam?

"Kenapa baru sekarang (pemimpin PAS) ingin membuat demonstrasi? Adakah Khalid Samad bersetuju dengan judi empat nombor ekor dan (judi Sports) Toto?," menurut kenyataan yang dikeluarkan unit perhubungan awam jabatan itu lagi.

jais jabatan agama islam selangor 271106 Ia seterusnya menyebut bahawa isu judi bukan  bawah JAIS sahaja, tapi turut melibatkan kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan (PBT).

"Di sini dimaklumkan bahawa lesen premis judi bukan dikeluarkan oleh JAIS, sebaliknya dikeluarkan oleh PBT. (Jadi), kenapa Khalid Samad tidak membuat usul supaya semua judi yang ada diharamkan di negeri Selangor ini?"

Ia juga menyebut, JAIS berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas orang yang melakukan kesalahan judi atau berada di tempat perjudian, bawah Seksyen 17(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

ADS